Blog design and digital scrapbooking elements created by Adori Graphics »

Tuesday, August 9, 2011

Glaucoma tiada penawar...

Salam Ramadhan buat semua blogger...

bulan-bulan puasa mcm ni, dtg bnyk lak idea nak menaip..nak sharekan dgn kwn2,x kire la..maybe cerita puasa,makanan,resepi,info etc. Ade hikmahnya bulan ramadhan ni biler x banyak kerja & dapat melayari internet & membace info-info berguna yg bersangkut paut dgn kita...

ok la..mmg dah lama nak share bende ni dgn semua org..cuma mase x mengizinkan..bila ramai sgt yg tanye..boleh juga la kita share info yg kita ade ni dgn kawan lain..
Ramai yang tahu, anak aku-Muhd Dayyan Firhan merupakan pesakit Congenital Glaucoma, detect mase dia berumur 3thn dan tahun lepas dia dah menjalani beberapa siri operation nak mengurangkan tekanan mata dia..so..artikel ni aku share dgn semua org yg selalu bertanye..ape la penyakit anak ely tu sbb kerap benar gi hospital...Gud info anyway..


Glaukoma Tiada Penawar
oleh Hafizah Iszahanid

*Pandangan mereka yang mengalami glukoma.


Kebanyakan faktor penyakit sering dikaitkan dengan sejarah kesihatan keluarga. Bagaimanapun, di negara ini dan di kebanyakan negara Asia, sejarah perubatan keluarga ada kalanya tidak lengkap.

Sejarah perubatan mengenai masalah mata misalnya, jarang diberi perhatian apabila ramai yang tidak tahu mereka berisiko diserang glaukoma kerana tiada anggota keluarga sebelum ini mendapat rawatan.

Berbeza dengan katarak, glaukoma adalah penyakit yang diwarisi dan boleh terjadi kepada mereka yang mengalami trauma pada mata. Paling utama, tiada ubat untuk glaukoma dan ia boleh menyebabkan buta.

Glaukoma penyakit yang progresif. Biasanya seseorang itu hanya menyedari mengalaminya selepas penyakit itu pada tahap akhir. Pada waktu itu, tidak banyak yang boleh dibantu kerana saraf matanya sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.

Pencuri Senyap

Jika katarak boleh sembuh dengan pembedahan, tetapi tidak pada glaukoma. Glaukoma hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Walaupun pembedahan boleh dilakukan tetapi ia tidak banyak membantu.

Ramai orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan glukoma. Ia selalu dirujuk sebagai pencuri senyap kerana kerap kalinya tekanan di dalam mata menjejaskan penglihatan tanpa simptom yang jelas. Glaukoma bukan satu entiti penyakit tetapi sekumpulan masalah mata yang secara perlahan-lahan menjejaskan penglihatan.

Akhirnya, tanpa rawatan, glaukoma boleh menyebabkan buta berikutan kerosakan pada saraf optik.


*Mata yang mengalami glaukoma.

Glaukoma menyebabkan saraf optik di belakang mata rosak perlahan-lahan. Bagi kebanyakan orang, peningkatan tekanan dalam mata menjadi punca dan menyebabkan sekatan pada pusingan cecair (aqueous) dalam mata.

Bagi pesakit lain pula, kerosakan itu mungkin berpunca daripada kekurangan bekalan darah kepada saraf fiber optik utama, kelemahan pada struktur saraf atau masalah pada saraf fiber itu sendiri.

Data Seluruh Dunia

Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 4.5 juta orang di seluruh dunia menjadi buta disebabkan glaukoma dan angka ini dijangka meningkat kepada 11.2 juta pada 2020.

Namun, angka ini disifatkan sebagai tidak tepat kerana di seluruh pelusuk dunia, terutama di negara miskin, tidak ramai yang tahu dan tampil untuk membuat pemeriksaan mata atau menerima rawatan untuk glaukoma.

Dianggarkan 60.5 juta orang akan mengalami glaukoma pada 2010, dengan jumlah warga tua yang meningkat. Glaukoma dijangka menyerang 80 juta orang pada 2020.

Glukoma progres sifatnya, menyebabkan hampir 50% mereka yang didiagnos dengan glukoma tidak pernah menyedari simptom yang dialami. Biasanya, glaukoma dikesan pada usia 50 tahun ke atas.

Di Malaysia, glaukoma yang paling biasa adalah jenis glaukoma terbuka. Glaukoma jenis ini dikaitkan dengan peningkatan tekanan cecair di dalam mata. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan akhirnya buta.

Tiada Ubat

Setakat ini, tiada ubat untuk glukoma tetapi pemeriksaan awal terutama bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang mengalami glaukoma boleh dilakukan pada usia 30 tahun ke atas.

Oleh kerana tiada ubat menyembuhkannya, rawatan yang diberi hanyalah titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat. Ia bertujuan mengelak kebutaan. Namun, prekripsi ubat-ubatan banyak bergantung pada keadaan pesakit itu.

Jenis-jenis Glaukoma

Glaukoma utama

* Glaukoma sempit (narrow angle glaucoma)
* Glaukoma terbuka (primary open angle glukoma - POAG)
* Glaukoma tekanan normal (normal pressure glaucoma)

Glaukoma sekunder

* Glaukoma pseudoexfoliative (glukoma yang disebabkan sindrom gangguan berkaitan penuaan)
* Glaukoma pigmentary (glukoma yang disebabkan pengumpulan pigmen iris berlebihan)
* Glaukoma yang disebabkan trauma
* Glaukoma neovaskular (berikutan komplikasi masalah diabetes misalnya)
* Glaukoma konjenital (di kalangan bayi dan dikesan sejak lahir)

Siapa Yang Berisiko Mengalami Glaukoma

+ Mereka yang berusia 50 tahun ke atas
+ Sejarah keluarga dengan glukoma
+ Merokok
+ Trauma pada mata
+ Mereka yang menderitai diabetes, tekanan darah tinggi
+ Rabun jauh

Simptom

Glaukoma terbuka

* Lihat penglihatan perlahan-lahan (peripheral) selalunya membabitkan kedua-dua mata
* Penglihatan sehala seakan terowong pada tahap yang teruk (tunnel vision)

Glaukoma sempit

* Sakit mata yang serius
* Muntah dan pening diikuti dengan sakit mata
* Penglihatan kabur
* Mata merah














Kasih Buat mu...Muhammad Dayyan Firhan....

"Adik...sekuat mana ibu mencuba..pasti air mata ibu tetap mengalir...Memang benarlah dugaan-dugaan ni mmg sgt hebat utk kita sekeluarga..entah mampu ..entah tidak kita nak mengharunginya. No matter what happen..ibu tak pernah surut doa-doa dan harapan agar adik cepat sembuh..tak pernah sekali pun ibu mengalah dengan keadaan adik...cumanyer...kadang-kadang kita nampak kuat diluar..dalam hati kita rapuh...ibarat kaca terhempas atas batu..Memang ini yang tertulis..mmg ini perjanjian kita dulu...benarkan hati kita terima qada' & qadar yang tertulis buat kita. Maafkan ibu sekiranya ada waktunya ibu gagal membendung perasaan sedih depan adik...biler air mata ni tetap tertumpah walaupun sedaya upaya ibu sekat...dan biler adik sapu air mata ibu...tak sedikitpun ibu rasa mengeluh atau terbeban dengan keadaan adik...Ibu berusaha buat yang terbaik untuk adik..dan akan pastikan adik dapat yg terbaik...Meskipun Allah memilih adik & kita sekeluarga untuk menerima ujian ini, tak bererti kita bukan hamba yg tidak baik bagiNYa...dia memilih adik kerana dia tahu adik strong dan hambaNya yg paling dia sayang...dia tahu adik ada kekuatan terima semua ini...selagi ade nikmat yg Dia beri...kita terus berusaha dan syukur...selagi ada nikmat ni adik..lihatlah kakak, ibu & abah yg x pernah give up utk adik...we will always love u no matter what happen...Doa dan harapan kami sentiasa bersama adik..be a good boy ok..amin... "







*merajok ketika nak buat operation (2nd major operation-cataract)





*1st operation sekitar Aug 2010-HUKM (wad 4K)
**excited dowhhhh dia...


*after 1st operation








*2nd Operation











"Kalau la boleh aku tanggung ape yg dia lalui...
aku sanggup berkorban demi dia..walaupun nyawa untuk ditukar ganti..."






Friday, August 5, 2011

Gelora Assam Laksa

Perghhhh...bulan puasa ni nak kata rajin benor tu...xde la jugak...nak beli pulak..susah nak jumper yg sedap..kalau tanye kat encik suami..xde jawapan lain melainkan 'MEMASAK'....maka....aku mengambil keputusan nak masak assam laksa penang yg menjadik makanan peberetttt kitaorang di semesta alam petang nehhhh...actually idok lerrrr susah sgt nak buat assam laksa ni..cumenyer..terpakse menyinggah ke pasar sebelum balik...(sambil menaip..kepale otak aku sedang menari-nari memikirkan kaedah paling cepat utk sampai ke meeerket balik ni...sbb bahan-bahan nye xde...huhuhuhu) tak semena-mena air liur aku umpama ayor meleleh macam xde empangan biler teringatkan kuah asam laksa yg pekat lagik hebat tu...disusuli dgn nanas..dan bahan2 laksa yg lain...mcm x berpuasa jekk aku bercerita ekkkkkk..astaga..(imaginasi melampaui perbuatan...) heheheh..ok la..wish me all the best..kalau sodap..lepas ni bleh benti keje..bukak restoren...hahahahah...statement x bleh belahhhhhhh arr!!! p/s: turut selitkan gambor assam lakse yg berjaya aku buat...saje nak bg perot korang bergendang-gendang tarian baghra..kihkihkihk....



Wednesday, August 3, 2011

Kisah cempedak ramadhan...






haaaa.....saje je nak bg korang terliur kan bulan-bulan puasa mcm ni..hahahha....sorry la geng xde niat pon..saje je nak share story..so lepas ni..kalau korang mengidam tgk cempedak..bleh nak gi beli...menurut kawan haku, kat pasar ramadhan seulas 50 sen..ha standard ler tu...zaman rege semua nak naik...yang aku ni pulak..mmg malas le nak menjengah pasar ramadhan..karang nak beli bende lain..dgn segala tok nek kuih aku borong..setakat ni mmg pasar ramadhan tu menjadik 'kawasan larangan' bg bijik mata aku neh..


So semlm mmg rezeki la..lori yg dok hari2 tayang buah cempedak tu ade, baekkkk nyer parking kat tepi jalan,wahh rezeki la ni..(risau la jugak..time aku x beli..dia dok tayang hari2..time nak beli..dia tadek..kempunan lerr..) buat pengetahuan korang...aku ni mmg obses dgn buah cempedak goreng ni...kire nyer semlm aku berjaya la beli sebiji..bwk balik...and goreng sket utk berbuka puasa...ahhhhh nikmat nyeeeee cempedak goreng...



p/s: beli je sebijik...bleh repeat 5 mlm...x pon buat amal jariah kat jiran2...ape salahnyer...bulan ramadhan bulan yg penuh dgn nikmat-nikmat Allah...kan.. :)





Spotted : 7th Anniversary at Felda Residence Hot Spring, Sungkai

lama sungguh x update blog...insyallah..dgn kerajinan serta kekuatan yang ada...aku cuba mengaktipkan balik blog aku yang hampir lupus ni..hehehe...kadang2 tu masa ade..mood tadak...time mood ada..idea lak kaputt...maka...mmg blog ni pon hidup segan mati x mau ler...
K la..ape-ape pun..selamat kembali menjadi blogger semula ely... :)


Bersempena juga dgn keaktifan aku ber'blog' semula..sempat la jugak aku nak selitkan kisah eniberseri aku yang ke 7..x gi mane pon...since dah dekat nak puasa..so pilih punya pilih destinasi..sbb nak short gateway aje..kami memlilih..jeng..jeng..jeng...ke...SUNGKAI!!!heheheh ade ape ekk kat sini...ade felda residence hot spring..best la..aku really syorkan buat yang suka bonding dgn family..bwk anak2 mandi...tempat ni sorry ya buat kaki shopping..totally boring la..but buat yg kaki relax..mmg sesuweiii la sgt...



*me at the enterance of Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai.



boleh la masuk website dia kalau nak skodeng2 ape yg patut..harga..map..facilities...semua ade dalam website dia.. http://www.feldatravel.com.my/Residences/reservation_packages.shtml


*Moutain Springs Pool




*My double 'D' mmg enjoy la kat sini...


so aku masokkan a few pix kat saner & also gambar cuppies yg aku tempah utk celebrate 7th ennibersari aku...happy viewing...





*ni deluxe villa dia..cantik...tempat dia sejuk & cantik..sejuk aje mata memandang








Amongst the natural pools you can choose to experience the open cold and hot pools as well as the private pools for those preferring some solitude while immersing in this healing waters. For those familiar with reflexology, experience a relaxing time in the hands of well-trained practitioners as they work on you regaining a balance in your blood flow and overall well-being.








*cuppies disponsor oleh my sis...

*cuppies tempah from www.velvetdivadelight.blogspot.com
 
Free blog design by Adori Graphics using the Be Inspired digiscrapping kit by Adorible Digital Designs